Mengharungi Kegelapan: Pendekatan Holistik Bagi Kemurungan Selepas Memakai Kaki Palsu

Kehidupan selepas kehilangan anggota badan adalah penuh dengan cabaran dari segi fizikal dan emosi.

Antara cabaran yang sering dihadapi adalah kemurungan yang dirasakan seperti bayang-bayang yang menyelubungi kehidupan seseorang.

Ketika berdepan kegelapan ini, mampukah kita keluar daripadanya?

Di ASPO Mobility, kami memahami kesukaran anda selepas kehilangan kaki.

Walaupun seseorang memiliki pemikiran yang positif, penting untuk mengenal pasti hadnya dan menerima pendekatan holistik untuk menangani gelora emosi.

Mulakan perjalanan dalam menempuhi bayang-bayang ini, meneroka keindahan dan batasan dalam pemikiran positif, dan akhir sekali, menemui sinar harapan yang menanti anda.

Keajaiban dalam Pemikiran Positif

Minda manusia umpama tanah yang subur untuk diusahakan.

Menyemai benih pemikiran positif melalui penerimaan diri, bersyukur, dan menumpukan pada kejayaan-kejayaan kecil yang dicapai mampu membuahkan kecekalan dan harapan dalam diri seseorang.

Pendekatan ini dipelopori oleh tokoh seperti Dr. Martin Seligman, pengasas psikologi positif yang menekankan kuasa daripada suara dalam diri yang membentuk corak pemikiran kita.

Menerusi bukunya, “Learned Optimism”, beliau merangka strategi yang praktikal untuk memupuk pandangan yang positif, dan memberi hala tuju untuk menempuhi hidup yang penuh cabaran.

Walau bagaimana pun, sekadar berharap pada pemikiran positif sebagai penawar bagi kemurungan adalah sama seperti mengetepikan kerumitan emosi manusia.

Kebiasaannya, kemurungan mempengaruhi faktor biologi, psikologi, dan sosial pada seseorang. Jadi, ia bukan sekadar soal perspektif atau cara seseorang berfikir.

Kesukaran dalam Berfikiran Positif

Adakalanya, kita sering dihantui bayangan kemurungan walau sekuat mana kita cuba berfikiran positif.

Tekanan untuk sentiasa memikirkan perkara yang gembira kadangkala tidak produktif dan menambah lagi beban pada masalah yang sedia ada.

Ia mungkin membawa kepada rasa malu dan kekurangan serta menambah lagi kemurungan mereka.

Dr. Helen Brown, seorang pakar yang terkenal dalam gangguan tekanan pascatrauma (PSTD) menerangkan hal ini dengan jelas dalam bukunya, “The Body Keeps the Score”.

Beliau menekankan kepentingan menerima dan memahami emosi yang sukar, bukan hanya cuba mengatasinya dengan pemikiran positif secara terpaksa.

Mencari Sinar Harapan: Bilakah Kita Patut Meminta Pertolongan?

Di ASPO Mobility, kami mengutamakan kesejahteraan anda. Kami memahami bahawa kehidupan selepas kehilangan kaki bukanlah mudah, dan adakalanya kita diselubungi kesedihan.

Anda tidak perlu segan untuk meminta bantuan daripada yang pakar kerana inilah langkah yang berani untuk memulihkan diri anda.

Pasukan rehabilitasi kami yang berpengalaman dapat membantu anda dalam merancang rawatan yang khusus untuk setiap individu bagi meningkatkan prestasi dan mengurangkan ketidakupayaan pesakit untuk menjalani hidup yang lancar selepas kehilangan kaki.

Anda Tidak Bersendirian

Kemurungan selepas kehilangan kaki adalah pengalaman biasa yang dilalui oleh 20% hingga 30% orang yang kehilangan anggota badan.

Anda tidak sendirian dan ramai orang di luar sana yang turut mengalaminya.

Organisasi seperti Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan (PPOC), Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Persatuan Orang Kurang Upaya Damai dan banyak lagi menawarkan sumber dan bantuan yang meluas.

Di Luar Pemikiran: Pendekatan Holistik dalam Penyembuhan

Penyembuhan selepas kehilangan kaki memerlukan pendekatan yang pelbagai dan bukan sekadar berfikiran positif. Anda boleh cuba langkah-langkah berikut: 

  • Aktiviti Fizikal: Senaman yang kerap membebaskan endorfin dalam badan, sejenis penggalak emosi secara semula jadi yang mampu melawan kemurungan. Lakukan senaman secara sederhana selama 30 minit beberapa kali dalam seminggu.
  • Tabiat Tidur yang Sihat: Tidur yang cukup diperlukan untuk kesihatan fizikal dan mental. Anda perlu cuba tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.
  • Pemakanan: Makan makanan dengan diet yang seimbang dan kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, serta bijian penuh dapat memberi zat yang secukupnya untuk badan berfungsi secara optimum.
  • Latihan Ketenangan: Teknik seperti meditasi dan yoga dapat membantu kesedaran anda tentang pemikiran dan perasaan anda sendiri serta membina keupayaan dalam mengatasi tekanan.
  • Hubungan Sosial: Luangkan masa dengan orang yang tersayang dan lakukan aktiviti yang anda sukai untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan dan menggalakkan emosi yang lebih baik.

Mari tempuhi jalan menuju pemulihan bersama-sama, selangkah demi selangkah. Anda tidak bersendirian dalam mengarunginya, dan hidup yang lebih baik menanti anda di penghujungnya.

Hubungi ASPO Mobility hari ini bagi mendapatkan sokongan dan bimbingan: https://www.aspomobility.com.my/hubungi-kami/

Posted by

Share this article:

Scroll to Top